Kupu-kupuberterbangan

24 June 2011

~~Janganlah Kita Berkecil Hati~~

Mengecilkan hati orang adalah berdosa, berkecil hati juga adalah berdosa. Tetapi lebih besar dosanya jika kita berkecil hati.
"Kenapa orang kecilkan hati kita, kita pulak yang berdosa?" tanya si anak.
Ayah: Jika seseorang hina kita, dia berdosa. Jika kita terasa hatidengan penghinaan dia, kita juga berdosa. Tetapi, dosa kita lebih besar dari dosa dia.
Anak: Uikk, tapi kenapa pulak? Kita tak buat apa-apa pun kan?
Ayah: Kerana orang yang menghina kita itu adalah peringatan daripada Allah.
Anak: blur*
Ayah: Kenapa kita dihina oleh orang itu? Kerana itu adalah ujian daripada Allah. Kenapa Allah hadiahkan kita ujian itu? Kerana DIA nak mengingatkan diri kita yang dah leka dengan dunia. Bila kita berkecil hati dengan orang tersebut, bermakna kita tak redha dengan ujian Allah turunkan. Kesimpulannya, kita bukan kecil hati dengan orang tetapi kecil hati dengan Allah.
Ayah: Lagi parah bila kita pun cerita pada kawan-kawan kita..’Dia dah banyak buat aku macam ni, macam tu..’ dan sebagainya. Dan kawan-kawan kita pula akan cerita pada kawan-kawan lain.. ‘Kesian kawan kita tu..budak tu dah banyak sakitkan hati dia..’ jadi keredhaan kita terhadap ujian Allah itu akan lesap.
Anak: termakan cili:-p
So conclusion is, jangan mudah terasa hati..Maknanya kita tak redha dengan Allah. Nanti Allah pun tak redha dengan kita.. Na’uzubillah..

andainya aku ade mengecilkan hati kwn2..dan aku terkecil hati maafkanla aku...krn aku hnyala insan biasa yg xlari dr melakukan kesalahan..aku sedar..aku xmampu menjadi insan yg sempurna:-(

07 June 2011

~~Kepak kepung kepak kepung~~

28 Mei 2011 yang lalu..sorang roomateku telah sah menajdi sorang istri...makin kurang la geng2 bujang...huhu...hajat dihati sempatla tengok die akad nikoh...tp xsmpat...sbb awl gilew...kul830 pagi tau....huhu..xpela...sbg roomate mesti la ku g kan die kawin....aku tolak ptg jumaat tu....smpai umh aku dlm kul9 lbh kot...(ingt2 lupa)...dah ckp rehat,sokkannye kul11 lbh aku pun bertolakla g kendurinya..umahnye kt Felda ape ntah...kawasan kuala berang tp xsmpai kuala berang pun.ingtkan dekat..upenye mmg betul2 hujung dunia la...mula2 cr jalan pun dah susah..dr jlan besar smpai la jalan kecik..br la jumpe umhnya...smpai2 je hujang pulok...huhu mau basah jugak kain aku....so tunggu jela hujan redha,,,pengantin lak sibuk..tgk pelamin lawa gakk...pengantin xde,,kitorg plak sibuk possing...haha....gilew ar....xpe..bukan sokmo kan..hehe...dah puas possing br la blh amik ngn pengantin..tu pun xbyk...pengantin sibuk..gitula..lau jadi pengantin..mmg xsmpatla nk bergambr..ceeh..macm xbse je..hehe...mmg berseri2 la pengantin..len bebenor..nk tunjuk gmbr pun xdpt lagi..sbb ade dlm kamera..usb xdela...nanti dah upload...aku poss la kt cn..hehe....

buat ina dan ammar..selamat pengantin baru moga kekal ke akhir hayat...insyaallah

lunch airini

Tajuk bunyi cm gempak je..huhu..arini murah rezki betul la...tghari td ade org bg spegati...sedp jugk..bese org buat pakai mee kasar..ni mee halus...sedap jugk...lgi sedap dr mee kasar...dgn daging burger yg besar2...mmg kenyangla...aku ni xbp suka sgt spegati ni..tp bila mkn td...sedap jugk...maklumla tekak kampung...huhu:-p...xhbs..tu pun kongsi2 ngn bdk2 opis...tq yer pada yg sudi banje spegati td..lenkali nk lagi..heheh...:-)

03 June 2011

~~Doaku Untukmu Sayang~~

Kau mau apa, pasti kan ku beri
Kau minta apa, akan aku turuti
Walau harus aku terlelah dan letih
Ini demi kamu sayang


Aku tak akan berhenti
Menemani dan menyayangimu
Hingga matahari tak terbit lagi
Bahkan bila aku mati
Ku kan berdoa pada ilahi
Tuk satukan kami disurga nanti


Taukah kamu apa yang ku pinta
Disetip doa sepanjang hariku
Tuhan tolong aku tolong jaga dia
Tuhan aku sayang dia


Aku tak akan berhenti
Menemani dan menyayangimu
Hingga matahari tak terbit lagi
Hahkan bila aku mati
Ku kan berdoa pada ilahi
Tuk satukan kami disurga nanti


(tuhan tolong aku juga jaga dia, tuhan akupun sayang dia)


Aku tak akan berhenti
Menemani dan menyayangimu
Hingga matahari tak terbit lagi
Bahkan bila aku mati
Ku kan berdoa pada ilahi
Tuk satukan kami disurga nanti

~~Rejab Datang Lagi~~

Arini 3 Jun 2011, bersamaan 1 Rejab 1432 m..maknenye tinggal 2 bulan lagi nak sambung ramadhan kan..:-)meh aku nk cite cikit ape kelebihan bulan rejab ni...

Bulan ketujuh dalam kalendar Islam ini mempunyai keistimewaan tersendiri sebagaimana yang dijanjikan Allah seperti yang terkandung dalam al-Quran. Rejab mempunyai empat makna iaitu takzim (kebesaran, keagungan dan kemuliaan), rahmah (bulan yang penuh dengan rahmat Allah), Jud'un (pemurah) dan Birr'un (kebajikan).

Bulan Rejab adalah salah satu bulan yang mulia dan banyak kelebihannya. Nabi Muhammad saw dalam satu hadis menyatakan bahawa Rejab itu bulan Allah. Sabda baginda yang bermaksud: "Sesungguhnya Rejab adalah bulan Allah, Syaaban adalah bulanku dan Ramadan adalah bulan umatku".

Rejab dalam bahasa Arab bererti agung. Bulan ini dinamakan Rejab kerana pada bulan ini orang Arab zaman jahiliah dan awal Islam sangat menghormati dan mengagungkannya. Menurut satu kisah, di zaman dahulu, khususnya sebelum dan awal Islam, pada bulan ini petugas Kaabah membuka pintunya sebulan penuh, sedangkan pada bulan lain pintu Kaabah hanya dibuka pada hari Isnin dan Khamis. Ini kerana Rejab adalah bulan Allah. Kaabah pula adalah rumah Allah. Kita adalah hamba Allah. Oleh itu, bagi mereka tiada sebab mengapa hamba Allah dilarang memasuki rumah Allah pada bulan Allah ini. Dalam hal berkaitan, Saidina Abu Bakar pernah berkata: "Apabila tiba malam Jumaat yang pertama dalam Rejab, maka semua malaikat dari segenap penjuru sama ada dari udara, laut dan darat berkumpul di sekeliling Kaabah".

Firman Allah Subhanahu Wataala dalam surah At-Taubah ayat 36:

Bermaksud: "Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi hukum Allah ialah dua belas bulan, yang telah ditetapkan dalam kitab Allah semasa ia menciptakan langit dan bumi di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama kamu yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu dengan melanggar larangannya.Dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya dan ketahuilah sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertakwa"

Rejab bererti kebesaran dan dinamakan Rejab kerana bulan ini sangat dimuliakan pada zaman Jahiliah. Dalam bulan ini juga mencatatkan sejarah penting bagi kehidupan umat Islam kerana dalam bulan ini mengandungi peristiwa Isra' dan Mikraj Junjungan Nabi Besar kita Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam satu peristiwa yang kita telah maklum keagungannya. Umat Islam digalakkan untuk beribadat sebanyak mungkin pada bulan Rejab ini kerana pada bulan ini Allah Subhanahu Wataala banyak memberikan pahala kepada mereka yang mengerjakan ibadat di dalamnya. Di antara amalan-amalan yang digalakkan ke atas orang-orang Islam untuk mengerjakannya pada bulan Rejab ini ialah:-

Pertama: Membaca Salawat kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.

Umat Islam memang digalakkan untuk membanyakkan membaca salawat pada bila-bila masa terutama pada ketika pahalanya dilipat gandakan di dalamnya seperti pada bulan Rejab kerana membaca salawat sangat besar pahalanya.

Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam : Antara mafhumnya: " Barangsiapa yang membaca salawat untuk Ku satu kali, Allah bersalawat kepadanya sepuluh kali, dan barangsiapa bersalawat sepuluh kali kepada Ku, Allah akan bersalawat kepadanya sebanyak seratus kali. Dan barang siapa yang bersalawat kepada Ku seratus kali, maka Allah menulis di antara kedua-dua matanya kebebasan dari nifak dan kebebasan dari neraka. Pada hari kiamat orang itu akan ditempatkan bersama orang-orang yang mati syahid". [Riwayat At-tabrani].

Kedua: Bertaubat.

Kita digalakkan untuk memperbanyakkan bertaubat pada bulan Rejab kerana bulan ini adalah bulan pengampunan.

Ketiga: Berpuasa.

Kita Umat Islam digalakkan untuk banyak berpuasa pada bulan Rejab. Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang diriwayatkan oleh Al-Baihaqi. Maksudnya: "Sesungguhnya di dalam syurga itu terdapat sebuah sungai yang disebutkan sungai Rejab, airnya lebih putih daripada susu dan lebih manis daripada madu, barangsiapa yang berpuasa satu hari pada bulan Rejab, Allah akan memberinya minum dari sungai itu".

Keempat: Berdoa.

Apabila berada di bulan Rejab, kita berharap agar sampai pula pada bulan Syaaban dan bulan Ramadhan. Bulan Ramadhan bulan yang dinanti-nanti oleh setiap orang Islam yang sentiasa merindui pahala besar.

Selain daripada itu banyak lagi ibadat-ibadat lain yang mempunyai banyak kelebihan untuk kita amalkan di bulan ini seperti bersedekah dan melakukan amal jariah yang lain.

Firman Allah Subhanahu Wataala dalam surah At-Tahrim ayat 8:

Bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan bertaubat nasuha mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai".

Istimewanya bulan ini, pada 27 Rejab ialah berlakunya peristiwa Isra' dan Mikraj

p/s: pada yg belum ganti pose tu..elok la ganti time gini..termasukla aku..hehe:-)