ALLAH hanya mengurniakan sekeping hati pada kita agar kita dapat merasai pelbagai rasa dalam kehidupan yang penuh berliku ini.Hati yang suci, biarpun dalam kesediahan sentiasa berpaut pada kasih sayang DIA. Namun sekuat mana pun kita, kadang kala terguris juga bila lemparan kata-kata menghiris hati.Alas demi alas kesabaran ditapis, namun tetap terluka jua.Hanya DIA yang dapat menyirami kekuatan ini. Aku tetap bersyukur dengan kurniaan ini kerana kesedihan ini tanda kasihnya DIA pada kita. Bila diuji, kita menangis kerana kita hanya manusia biasa, namun hati yang suci, tangisannya penuh keinsafan...Wahai hati bersabarlah dengan ujian ini...