

















Anak: Mama, semalam ina lapar. ina (bukan nama sebnr) doa…Tapi, Allah tak datang-datang pun..Allah dah mati kot
mama: Isy, Allah tak pernah mati, ina (jawab mama ringkas kerana masih memikirkan jawapan yang terbaik untuk pernyataannya)
anak: oo..kalau macam tu, mungkin Allah tengah tidur..atau Allah sedang sibuk
(Kali ini mama menumpukan perhatian kepada pernyataan anak perempuannya..)
mama: ina, Allah tak mati dan Allah tak pernah tidur dan Allah tidak sibuk. Allah tidak sama macam manusia.
anak: Tapi..kenapa ina doa, Allah tak datang pun? (datang atau dalam erti kata lain maqbulkan)
mama: anakku, adakalanya Allah tidak makbulkan doa kita pada masa itu. Tetapi Allah akan makbulkannya pada masa yang lain. Dan adakalanya, Allah tidak makbulkan doa kita di dunia, tetapi Allah akan makbulkannya bila kita tiba di akhirat nanti.
Allah tidak makbulkan doa kita pada masa itu adalah untuk kebaikan kita. Dan Allah simpan doa kita untuk dimakbulkan pada masa yang lain, kerana itu lebih baik untuk kita.
Adakalanya, Allah simpan doa kita..sampai ke akhirat sana. Bila sampai di sana nanti, kita berharap semua doa kita akan dimakbulkan hanya di sana sahaja keranaganjaran yang Allah simpan untuk kita adalah sangat-sangat besar.
Yakinlah bahawa, setiap apa yang Allah tentukan untuk kita, baik ke..buruk ke…Itulah perkara yang TERBAIK untuk kita.
Jadi, dalam keadaan apa pun, kita kena terus berdoa. Kerana itu tandanya, kita yakin dan saaaayang pada Allah. ok? ![]()
anak: ok mama..![]()
Nota:
mama tak tahu samada ina boleh memahami jawapan mama atau pun tidak. Memandangkan usianya baru 4 tahun lebih..
Hakikatnya, semua jawapan yang mama berikan adalah datangnya daripada Allah.Semoga usaha kecil ini dapat menjadi asbab pertambahan iman anaku dan iman mama juga. Aamin. ![]()
p/s: mog kita semua tidak mudah lupa untuk berdoa padaNYA...dan tidak putus2 memohon kepadaNYA...AMIN..

