Kupu-kupuberterbangan

04 January 2013

``Memahami Jiwa Seorang Sahabat``

Assalamualaikum..

Dalam dunia ini kita tidak punya sesiapa kecuali diri kita sendiri.Tetapi dalam kita bersendiri , kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita. Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat, begitu juga die
Tetapi kita sering lupa akan hal itu.Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita. Kita rasa dikhianati bila die tidak menepati janjinya. Sehingga kita tidak memberi die peluang untuk menerangkan keadaan yg sebenar. Bagi kita, itu alasan untuk menutup kesilapan dan membela diri. Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan die ternanti-nanti, kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati.
Kita beri beribu alasan, memaksa die menerima alasan kita.Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya??
Seperti kita, die juga ada perasaan kecewa , tetapi kita sering terlupa. Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa disis kita pada waktu kita memerlukanannya.Dia mendengar segala luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita.Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaiaan masalah kita. 
Kita asyik bercerita tentang diri kita, hingga kadang-kadang terlupa bahawa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama.Pernahkah kite menenangkan die sebagaimana die penah menyabarkan kita?Ikhlaskah kita mendengar tentang beritanya?Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya sepertimana die meniup semangat setiap kali kita rasa kecewa dan menyerah kalah?
Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita. Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan.Kerana die juga manusia yang mempunyai perasaan  sedih, kecewa dan takut...Dia juga perlukan kawan sebagai sumber kekuatan.Kita selalu melihat die ketawa, tetapi mungkin sebenarnye die tidak setabah yang kita sangkakan.Disebalik senyuman itu mungkin banyak cerita yang ingin diluahkan dan disebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan. jadilah kita sbg kawan baiknye.

p/s: Jika kita bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, dan jika bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita...Renung-renungkan..


No comments: