Kupu-kupuberterbangan

31 January 2013

``Sahabat``

Kau ada dikala ku suka
Dikala ku duka
Setiap tangisan dan juga ketawa
Kau ada dikala ku perlu
Setia menemaniku
Pegang erat tanganku bila aku jatuh
Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku
Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku
Ku tahu ku kan selalu ada
Pada dirimu
Dan ku harap kau juga rasa begitu
Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku
Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi..
Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku
Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku
Sahabatku..
p/s: Terima Kasih Buat Sahabat-sahabatku Kerana Menjadi Sahabatku..:-)

21 January 2013

``Hati Itu Cuma Satu``

Kita cuma ada satu hati...
Satu untuk banyak perkara..
kalau sedih pun hati yang satu nih..
kalau gembira pun hati yang satu nih...
Tanpa kita sedar..
kita dah memberikan secebis demi secebis hati kita pada insan yang kita cinta...
Sekali kita putus cinta..sekali hati terluka..
Maka hati kita yang satu tadi sudah tidak sempurna...
Namun kadang-kadang kita tak pernah kenal erti putus asa..
Biarpun berkali-kali terluka..
Kita tetap memberikan hati ini untuk orang yang kita cinta...
Tapi ada satu perkara kita lupa....
Hati yang satu itu sepatutnya untuk dia yang selayaknya..
Dia yang kita tak tahu bila akan muncul depan kita..
Dia yang kita tak tahu bila akan datang menuntut haknya..
Disebabkan hati kita yang selalu diberikan pada mereka yang salah..
Kini hati kita akhirnya hanya tinggal cebisan-cebisan kecil..
Cebisan-cebisan kecil untuk dia yang selayaknya...
Kita jadi ragu-ragu untuk berikan padanya disebabkan luka lama...

"Kita tidak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai
kerana kita akan berkahwin dengan jodoh kita..
jodoh yang Allah tetapkan sejak azali...."
~~Jodoh Itu Rahsia ALLAH~~



04 January 2013

``Memahami Jiwa Seorang Sahabat``

Assalamualaikum..

Dalam dunia ini kita tidak punya sesiapa kecuali diri kita sendiri.Tetapi dalam kita bersendiri , kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita. Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat, begitu juga die
Tetapi kita sering lupa akan hal itu.Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita. Kita rasa dikhianati bila die tidak menepati janjinya. Sehingga kita tidak memberi die peluang untuk menerangkan keadaan yg sebenar. Bagi kita, itu alasan untuk menutup kesilapan dan membela diri. Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan die ternanti-nanti, kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati.
Kita beri beribu alasan, memaksa die menerima alasan kita.Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya??
Seperti kita, die juga ada perasaan kecewa , tetapi kita sering terlupa. Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa disis kita pada waktu kita memerlukanannya.Dia mendengar segala luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita.Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaiaan masalah kita. 
Kita asyik bercerita tentang diri kita, hingga kadang-kadang terlupa bahawa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama.Pernahkah kite menenangkan die sebagaimana die penah menyabarkan kita?Ikhlaskah kita mendengar tentang beritanya?Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya sepertimana die meniup semangat setiap kali kita rasa kecewa dan menyerah kalah?
Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita. Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan.Kerana die juga manusia yang mempunyai perasaan  sedih, kecewa dan takut...Dia juga perlukan kawan sebagai sumber kekuatan.Kita selalu melihat die ketawa, tetapi mungkin sebenarnye die tidak setabah yang kita sangkakan.Disebalik senyuman itu mungkin banyak cerita yang ingin diluahkan dan disebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan. jadilah kita sbg kawan baiknye.

p/s: Jika kita bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, dan jika bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita...Renung-renungkan..


``Noktah``

Assalamualaikum..

Telah Ku Lalui Telah Ku Lukai
Dibuai Mimpi-mimpi
Mengasyikkan Imarahkan
Semua Yang Sempurna Hanyalah Dimata
Tangisanmu Berbisik Ku Sendiri
Izinkan Diriku Lenyapakn Segala
Namun Ku Tak Berdaya Melupakan Segalanya
Kini Ku Sendri Hilang Segala Cinta
Sebuah Realiti Bernoktah Di Sini....


23 November 2012

``Doaku Untuk-MU``

Assalamualaikum...w.b.t

Ya Allah Ya Tuhanku Yang Maha Pencipta Seluruh Alam..
Ku bermohon Padamu Ya Allah..
Di Pagi Yang Penuh Keberkatan, Di Hari Yang Mulia Ini..
KAU Kuatkanlah Hati Hambamu Ini..
Sesungguhnya..Aku Tidak Kuat Untuk Menempuh Semua Ini..
Ku Bermohon Padamu Ya Allah
KAU Permudahkan Segala Urusan Ku
Tiap Detik Ku Mengharapkan KebaikanMU
KAU Tetapkan Imanku Sentiasa PadaMU
Sesungguhnya Hanya Padamu Aku Berserah...
Amin...


Diriku Sangat-sangat Penat & Tak Berdaya Lagi..

24 October 2012

``Kawin Lagi``

Assalamualaikum...
Hari tu da  post kenduri umh pompuan kan...
Hari ni nk post cite kt umh lelaki a.k.a umh makku..:-)
Kenduri kt umh belah laki di adakan pada 6 Oktober 2012(sabtu)
Ni kira kenduri plg berbaloi kot setakat ni kt umh mak aku..
kos..semua lauk pauk.doogies semua hbs..xcukup lauk adalah
senang keje kan..xyah nk simpan2..panaskan lauk...
panggil xdala ramai sgt .dlm 500 kot..
yela kenduri belah laki xadala grand sgt..bese2 jer...
syukurla semuanya berjalan ngn lancar..:-) 












:-)

09 October 2012

``Mak..Nak Kawin Jugak``

Assalamualaikum...
Tengok tajuk mcm xleh blah kan..haha...
Alhamdulillah..
Dengan 2 kali lafaz adik ke-2 bongsuku telah sah menjadi suami kepada 
Norul Ain pada 28 September 2012..(Jumaat)
kenduri umh pompuan diadakan sokkanye...
Maka bertambahla ahli kuargeku,,..:-)
orang dungun gak..(senang blk raya)..
Kini yg bujang tinggal 3 org lagi termasuk diriku..
Nampaknya adikku dah langkah bendul...
Biasala,,bila adik jalan dulu..adalah suara2 yg bertanya...
'Kakaknya bila lagi'...
jawapan mudah..."Seru belum sampai lagi''...hehe..:-p
sape yang tak nak kawin kan...
kita ni hanya merancang tp tuhan yang menentukan...
insyaallah..jodoh untuk umatnye pasti ada...
cuma lambat dan cept jer..
so..tunggu yer...
apa yg tuhan aturkan untuk kita adalah yg terbaik untuk kita..:-)








Selamat Pengantin Baru Buat Usop & Ain..
Moga bahgia ke akhir hayat..insyaallah..amin..
p/s:tgk org kawin..rasa nk kawin jugk..tp apakan daya seru lum smpai lgi..:'(..
insyaallah..satu hari pasti akan tiba jua..:-)